Peranan Komuniti Millah Abraham

Sejak tahun awal 2000, Komuniti Millah Abraham telah menyampaikan “berita gembira” dan “peringatan” sebagai sebahagian daripada misi kami.
Namun, pihak kerajaan terutamanya Malaysia dan Indonesia telah melarang aktiviti dan dakwah Millah Abraham.
Meskipun menghadapi halangan, pengikut Millah Abraham tetap berpegang teguh pada prinsip kami yang meyakini bahawa segala kekuasaan adalah hak Allah.
Atas sebab inilah Millah Abraham melarang sekeras-kerasnya sebarang bentuk penentangan terhadap kerajaan yang sedang berkuasa sekarang.
Bagi kami, menentang kerajaan (walaupun mereka bertindak menghalang dan menyakiti komuniti Millah Abraham) bermakna menentang ketetapan ilahi.
Sebagai warga komuniti Millah Abraham, kami percaya bahawa tugas kami adalah sekadar menyampaikan berita gembira dan peringatan kepada manusia dan menyerahkan nasib kami kepada Allah.
Kami yakin bahawa pertolongan Allah akan datang sesuai dengan janji-Nya.
Oleh itu, kami ingin mengingatkan manusia bahawa tujuan hidup manusia di muka bumi ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah, Tuan Semesta Alam. Itulah yang belum disedari bahkan tidak disedari oleh manusia..
Komuniti Millah Abraham meyakini bahawa jalan ini adalah “Dinan Qiyaman” (sistem hukum yang bakal bangkit) sebagai jalan hidup yang benar.
Kami percaya bahawa setiap bangsa yang menolak atau menindas ajaran ini akan menerima akibat sesuai dengan Sunnatullah (hukum Tuhan) yang tidak pernah berubah.
Sejarah telah membuktikan bahawa pihak yang menentang jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah pasti akan ditimpa oleh akibat buruk hasil perbuatan tangan mereka sendiri.
Mengambil contoh dari kisah Nabi Nuh, di mana umatnya yang ingkar akhirnya ditimpakan azab oleh Allah. Situasi sama turut berulang kepada umat Nabi Ibrahim yang tegas menolak seruan untuk mengabdi hanya kepada Allah.
Kami mengimani ini adalah pola Sunnatullah yang akan terus berulang dari zaman ke zaman.
Atas sebab inilah komuniti Millah Abraham dilarang daripada membuat perbuatan buruk seperti ekstremisme dan terorisme.
Kami percaya bahawa azab Allah pasti turun pada waktu yang tepat dan kami harus kekal sabar menghadapi ujian-ujian yang diturunkan kepada kami.
Berdasarkan firman-firman Allah dalam Al-Quran, komuniti Millah Abraham akan terus-menerus mengingatkan umat manusia bahawa Sunnatullah tidak akan berubah.
Kami menyeru agar manusia mengambil pelajaran daripada umat terdahulu yang dihukum kerana menentang perintah Allah.
Bagi kami, menjadi tugas kami untuk terus menyampaikan peringatan dan menyedarkan manusia agar kembali kepada jalan yang benar sebelum terlambat.
Dalam menghadapi masa depan yang penuh ketidakpastian, kami sebagai pengikut Millah Abraham menegaskan bahawa kami hanya bertawakkal kepada Allah.
Kami meyakini bahawa hanya dengan bergantung kepada-Nya, kami akan memperoleh pertolongan yang sebenar.
Kami juga berdoa agar kami dan generasi mendatang diberikan kekuatan iman dan dijauhkan dari jalan kesesatan.
Dengan penuh keyakinan, kami terus mengharapkan rahmat dan petunjuk dari Allah, agar segala kesulitan yang kami hadapi dapat dihadapi dengan jaya dengan kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya.