Misi perjuangan Millah Abraham berpaksi kepada petikan dari kitab Al-Quran, Surah Asy-Syura, ayat 13
Misi
Ayat ini menjelaskan bagaimana lima orang rasul bergelar Ulul Azmi sebenarnya mempunyai rangka tugas yang sama walaupun mereka diutuskan pada zaman yang berbeza.
42/13. Dia (Allah) telah mensyariatkan bagi kamu din (sistem hidup) yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (Nabi Muhammad), dan yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa iaitu: Tegakkanlah din dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) din yang kamu seru kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada (din)-Nya dan memberi petunjuk pada (din)-Nya kepada orang yang kembali (kepada-Nya).
Al-Quran, Surah Asy-Syura, ayat 13
Ayat di atas menjelaskan bagaimana lima orang rasul bergelar Ulul Azmi sebenarnya mempunyai rangka tugas yang sama walaupun mereka diutuskan pada zaman yang berbeza.
Dua tugas utama mereka adalah :
(i) menegakkan ajaran Allah di muka bumi dan
(ii) memastikan komuniti yang mereka bimbing tidak berpecah-belah.
Kedua-dua gerak kerja ini amat penting bagi memastikan visi yang tercatat dalam surah As-Shaf ayat sembilan dapat dicapai.
Bukti ajaran Allah ditegakkan di muka bumi adalah tegaknya sebuah kerajaan yang melaksanakan hukum Allah secara murni tanpa diubah atau dikurangi walaupun sedikit.
Manakala bukti umat tidak berpecah-belah dan taat di bawah komando seorang rasul pula dapat dilihat pada kesatuan cara fikir, hala tuju dan tindakan mereka dalam memastikan Kerajaan Allah tegak dan terus berkembang merentasi sempadan-sempadan negara ciptaan manusia.
Inilah cara yang benar untuk membebaskan seluruh umat manusia daripada terus menjadi hamba kepada manusia lain agar setiap orang dapat menjalankan pengabdian kepada Allah dengan cara yang benar.
Atas sebab-sebab di atas, kami komuniti Millah Abraham sanggup menghadapi apa sahaja bentuk ujian yang berlaku kerana ia adalah satu fitrah perjuangan yang harus ditempuh.
Jika para rasul sebelum ini diuji dengan pelbagai bentuk tentangan, fitnah dan ancaman, kami yakin perkara yang sama akan (dan telah) dihadapi pada pejuang misi Kerajaan Allah pada zaman ini juga.
Semoga Allah membantu dan memakbulkan doa ini yang diiring dengan komitmen yang jitu dan usaha tanpa mengenal erti penat dan lelah agar dapat kita lihat tegaknya kembali Kerajaan Allah di muka Bumi.
Amin ya rabbal alamin.
Visi
Bagi memahami Visi ajaran Millah Abraham, mari kita rujuk ayat Al-Quran, Surah As-Shaff, ayat 9
Visi
Millah Abraham memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan para rasul dari zaman ke zaman, iaitu untuk menawarkan, mempertahankan dan memenangkan sistem kehidupan berpandukan firman Allah s.w.t yang murni seperti mana yang diwahyukan kepada para rasul.
9. Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan din (sistem hidup) yang benar agar Dia memenangkannya atas semua din-din yang lain meskipun orang-orang musyrik benci.
Al-Quran, As-Shaff, ayat 9
Millah Abraham memperjuangkan apa yang telah diperjuangkan para rasul dari zaman ke zaman, iaitu untuk menawarkan, mempertahankan dan memenangkan sistem kehidupan berpandukan firman Allah s.w.t yang murni seperti mana yang diwahyukan kepada para rasul.
Sejarah membuktikan setiap kali manusia mencapai titik terendah dari aspek nilainya sebagai makhluk Tuhan, seorang Rasul akan diutuskan sebagai wakil-Nya di muka Bumi untuk memimpin kembali manusia kembali kepada jalan kehidupan yang fitrah.
Hari ini, nilai manusiawi kita sebagai ciptaan Allah yang paling sempurna sudah pun berada di titik paling bawah dalam sejarah ketamadunan manusia.
Sejak zaman Nabi Adam hingga hari ini, kita belum pernah melihat kekalutan, kekeliruan identiti dan kerendahan nilai umat manusia di seluruh dunia seperti yang sedang kita hadapi.
Justeru, ayat dari kitab Al-Quran surah As-Shaf ayat kesembilan di atas dipegang sebagai visi perjalanan ajaran Millah Abraham dalam usaha mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan di muka bumi.
Kami yakin walau sesukar mana pun halangan yang akan dihadapi, din Allah akan berjaya ditegakkan dan mengatasi apa juga sistem hidup ciptaan manusia.
Semoga Allah, Tuan Semesta Alam pemilik langit dan bumi memberikan limpah dan tolongnya agar visi ini akan tercapai dalam tempoh yang tidak lama. Amin.