Pencarian Baldah Thoyyibah
Mencari Baldah Thayyibah: Misi Risalah Millah Abraham sebagai Kebangkitan Khilafah di Nusantara
Perjuangan Rasulullah Muhammad s.a.w tidak pernah berhenti meskipun melalui pelbagai bentuk rintangan dan cabaran.
Bahkan setelah mengalami boikot Tha’if. Beliau kembali ke Mekah dengan jaminan keamanan dari Muth’im ibn ‘Adi, seorang non-Muslim, ketua bani Naufal) dan meneruskan usaha dakwah baginda.
Mengambil pelajaran daripada situasi yang berlaku, dakwah Rasulullah menjadi lebih selektif. Allah s.w.t kemudiannya menghadirkan sekelompok pencari kebenaran dari Yathrib yang kemudiannya beriman.
Bermula dengan keimanan Sa’ad bin Mu’adz dan Usaid bin Hudhair ia membuka jalan untuk golongan beriman untuk berhijrah ke keluar dari Mekah.
Rasulullah kemudiannya mengirimkan Mush’ab bin Umair dan As’ad bin Zurarah untuk menggerakan dakwah dan eksplorasi Baldah Thayyibah di Yathrib.
Sebenarnya, proses hijrah Nabi Muhammad memakan waktu cukup lama, iaitu dari tahun ke-6 hingga tahun ke-13 kenabian.
Sirah nabawiyah mencatatkan Rasulullah melakukan empat eksplorasi hijrah iaitu ke Habshah, Yaman, Thaif, dan Yathrib.
Daripada empat eksplorasi tersebut, Allah memberikan Yathrib sebagai Baldah Thayyibah kepada Nabi Muhammad dan umatnya.
Peristiwa Yathrib menjadi Baldah Thayyibah tidak dapat dipisahkan daripada peristiwa yang penting Bai’atul ‘Aqabah Ūlā (pertama) dan Bai’atul ‘Aqabah Tsānīy (kedua).
Misi Universal Millah Abraham
Misi risalah Millah Abraham adalah misi universal, misi dunia menandingi negara-negara bangsa yang berideologi musyrik.
‘Lawan’ Rasulullah Muhammad s.a.w bukanlah bangsa Arab (yang hanya negara boneka kepada Rom), tetapi Persia dan Romawi.
Sejarah mencatatkan misi penegakan khilafah sentiasa mendapat tentangan kekuasaan atau kerajaan yang sedang berkuasa pada zaman masing-masing.
Nabi Musa a.s berhadapan dengan Firaun, Nabi Isa a.s pula adalah Raja Herod, manakala musuh Nabi Muhammad s.a.w adalah Amr bin Hisham yang kita kenali sebagai Abu Jahal, pemimpin nombor satu Mekah.
Justeru, ‘lawan’ misi risalah Millah Abraham di zaman ini bukanlah negara boneka bentukan para penjajah tetapi negara-negara dalam bentuk blok Timur dan blok Barat.
Kejatuhan kerajaan bangsa-bangsa sudah tertulis di lauh mahfuzh. Hukum Ajal Kekuasaan berdasarkan surah Al-’Araf [7]: 24 telah menjelaskan apabila tiba masanya sesuatu kerajaan itu jatuh tiada siapa pun yang dapat menghalangnya.
Situasi sama akan berlaku di zaman ini. Kerajaan Allah dalam bentuk khilafah akan bangkit dan membawa sinar kepada seluruh alam. Hukumnya sudah ada, sistemnya sudah ada, umatnya juga sudah ada.
Yang diperlukan sekarang hanyalah tanah yang subur untuk menanam pohon Allah agar menjadi besar, kuat dan rimbun untuk memayungi bumi dengan Rahman dan Rahim Allah, Tuan Semesta Alam.
Seperti mana Yathrib yang awalnya sebuah negeri yang dipandang sepi oleh jiran tetangganya berubah menjadi sumber cahaya bagi umat manusia, negeri yang sudi menerima Misi Risalah Millah Abraham sebagai tapak untuk menjalankan hukum Allah juga pasti akan diberkahi dengan pelbagai limpah dan kurnia Yang Maha Esa.
Cabaran dan Harapan
Apa pun keadaan, situasi dan alasannya, penguasa bangsa musyrik pasti akan membenci dan mengusir misi risalah Millah Abraham keluar dari negerinya.
Pengikut Millah Abraham hanya diberikan pilihan untuk bersedia kembali kepada millah (agama; ideologi; cara hidup) lama mereka yang hidup dalam keadaan musyrik.
Hari ini, pengikut Millah Abraham telah menggenapi/menghadapi apa yang dinyatakan dalam kitab suci Al-Qur’an pada surah Ibrāhīm [14] ayat 13, iaitu keinginan dari penguasa yang memaksa mereka untuk kembali ke millah mereka.
Seperti yang dinyatakan dalam ayat itu, jika orang-orang beriman tetap mampu sabar dan tawakal maka Allah pasti akan membinasakan orang-orang yang zalim tersebut (penguasa sistem musyrik).
Hari ini, walau apa pun cabaran yang dihadapi generasi Millah Abraham diminta agar memperkukuhkan keimanan dan terus menjalankan tugas-tugas yang diperintahkan Allah dalam menyeru manusia kembali kepada sistem hukum ciptaan-Nya.
Kami meyakini, walaupun disakiti dengan pelbagai cara hari ini, Dia akan memainkan peranan untuk membinasakan mereka.
Janganlah kita alpa dan naif. Konflik ekonomi dan ketenteraan yang sedang berlaku sekarang mampu mengarahkan hala tuju politik dunia (Timur dan Barat) hingga terjadinya kembali perang besar antarabangsa atau Perang Dunia III.
Oleh itu, keperluan adanya Baldah Thayyibah adalah suatu kewajiban sebagai jalan keluar daripada terus tersepit dalam pergelutan ‘gajah sama gajah’ ini.
Kami sebagai generasi Millah Abraham pada zaman ini beriman dengan janji Allah bahawa Khilafah (Kerajaan) Allah akan tertegak di Nusantara dan kami sedang bersungguh-sungguh mencari negeri yang sanggup menerima hukum Allah sebagai aturan yang bakal menjadi titik mula kedamaian dan kesejahteraan bagi seluruh dunia.
Kami yakin bahwa ada banyak individu atau kelompok di luar mereka yang juga mempunyai visi atau cita-cita untuk menegakkan Khilafah (Kerajaan) Allah dan menegakkan hukum Allah dalam setiap sendi kehidupan dan bersedia menjadi kaum Anshar (penolong dan pelindung) sejati bagi generasi Millah Abraham, sebagai kaum muhajirin di zaman ini.
Hal ini walaupun kelihatan tidak logik di mata manusia namun sejarah membutikan sesiapa pun tidak dapat melawan perancangan Allah karena Dialah Yang memiliki kekuasaan dan kedaulatan sejati terhadap kerajaan-Nya di langit dan di bumi.
Jika dahulu Allah mengurniakan Kan’an kepada umat Musa a.s, Jurusalem kepada umat Isa a.s dan Yathrib kepada umat Muhammad s.a.w, hari ini sunnah yang sama pasti akan berlaku, hanya menanti masa untuk terjadi.
Kami sedang mencari tokoh seperti Sa’ad bin Mu’adz berjiwa besar dan sanggup mendengar penjelasan seterusnya menerima misi risalah Millah Abraham.
Beliau kemudiannya memberi jaminan serta pertolongan kepada kaum muhajir dan menyediakan tempat sebagai basic-territorial perjuangan dakwah misi risalah dan jihad fī sabilillah.
Adakah anda tokoh yang akan Allah pilih sebagai anshar atau penolong-Nya untuk menyambut kebangkitan Khilafah Allah di Nusantara?