Kehidupan Nikmat Yang Pernah Dikurniakan, Dan Akan Dikurniakan Kembali
Dalam artikel sebelum ini kita sudah membahaskan persoalan ‘siapa’ yang ditunjuki shiratal mustaqim.
Sekarang mari kita masuk kepada persoalan seterusnya iaitu apakah ganjaran nikmat yang dinikmati oleh komuniti yang hidup berdasarkan konsep shiratal mustaqim?
Tanpa perlu melihat jauh, mari kita lihat sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda yang awalnya berdakwah di Kota Mekah mendapat tentangan hebat oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Pasti kita tidak akan lupakan siksaan terhadap keluarga Yasir di mana tiga beranak disiksa sehingga si ayah (Yasir) dan Sumayyah (ibu) akhirnya syahid. Juga segar di ingatan kita bagaimana kejamnya penyiksaan terhadap Bilal bin Rabah.
Tidak cukup dengan menyiksa orang-orang beriman, terdapat juga percubaan untuk membunuh Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w. Meskipun ia berakhir dengan kegagalan, cubaan ini cukup untuk menunjukkan betapa bencinya pemimpin Mekah terhadap misi yang dipimpin Nabi Muhammad.
Penghijrahan ke Yathrib (Madinah) menambahkan lagi kebencian golongan musyrik yang cuba untuk memadamkan api din Allah dengan apa juga cara termasuk siri peperangan seperti Badar, Uhud, Khandaq, Khaibar, Tabuk, Hunain dan Mu’tah.
Di akhir perjuangan baginda, sistem pemerintahan khilafah berjaya ditegakkan. Ia menjadikan hukum Allah sebagai panduan yang terpakai bagi seluruh umat manusia.
Sistem khilafah ini jauh lebih baik daripada pemerintahan demokrasi yang digunakan di Darul Nadwah, Kota Mekah mahupun sistem pemerintahan yang dipakai oleh Rom dan Parsi sebagai kuasa besar dunia pada era itu.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah, sistem ini diteruskan oleh para sahabat sehingga Din Al-Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Inilah bentuk nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t sebagai hasil perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para pengikutnya di jalan shiratal mustaqim, selari dengan wahyu dalam surah An-Nur ayat 55.
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ (٥٥)
55. Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka din yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap mengabdi kepada-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[An Nur/24:55]
Ayat di atas benar-benar menggambarkan apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para pengikut baginda.
Daripada berada dalam keadaan ketakutan di bawah pemerintahan Abu Jahal dan konco-konconya, akhirnya mereka dijadikan golongan yang berkuasa di bumi beratus tahun lamanya.
Keadaan yang sama turut dialami oleh rasul-rasul sebelumnya dan para pengikut mereka. Hasil berjuang di shiratal mustaqim, mereka dikurniakan posisi sebagai pemimpin dan penguasa.
Dengan kekuasaan yang dikurniakan Allah, mereka menegakkan keadilan di bumi dengan menjalankan hukum yang ditentukan Allah s.w.t.
Kami bentangkan beberapa ayat yang menjelaskan rasul-rasul lain diangkat sebagai pemegang kekuasaan, imam dan diberikan kemenangan pada zaman masing-masing.
- Nabi Nuh a.s
فَكَذَّبُوهُ فَنَجَّيۡنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِي ٱلۡفُلۡكِ وَجَعَلۡنَٰهُمۡ خَلَٰٓئِفَ وَأَغۡرَقۡنَا ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بَِٔايَٰتِنَاۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُنذَرِينَ (٧٣)
73. Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemimpin/pemegang kekuasaan (khalifah) dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu.
[Yunus/10:73]
- Nabi Ibrahim a.s
وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّٰلِمِينَ (١٢٤)
124. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam (pemimpin) bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku”. Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim”.
[Al Baqarah/2:124]
- Nabi Musa a.s
قَالُوٓاْ أُوذِينَا مِن قَبۡلِ أَن تَأۡتِيَنَا وَمِنۢ بَعۡدِ مَا جِئۡتَنَاۚ قَالَ عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُهۡلِكَ عَدُوَّكُمۡ وَيَسۡتَخۡلِفَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرَ كَيۡفَ تَعۡمَلُونَ (١٢٩)
129. Kaum Musa berkata: “Kami telah ditindas (oleh Fir’aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang. Musa menjawab: “Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khalifah (pemimpin/pemegang kekuasaan) di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu.
[Al A’raf/7:129]
Doa ini kemudiannya dikabulkan Allah s.w.t. seperti dinyatakan dalam ayat di bawah;
وَأَوۡرَثۡنَا ٱلۡقَوۡمَ ٱلَّذِينَ كَانُواْ يُسۡتَضۡعَفُونَ مَشَٰرِقَ ٱلۡأَرۡضِ وَمَغَٰرِبَهَا ٱلَّتِي بَٰرَكۡنَا فِيهَاۖ وَتَمَّتۡ كَلِمَتُ رَبِّكَ ٱلۡحُسۡنَىٰ عَلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ بِمَا صَبَرُواْۖ وَدَمَّرۡنَا مَا كَانَ يَصۡنَعُ فِرۡعَوۡنُ وَقَوۡمُهُۥ وَمَا كَانُواْ يَعۡرِشُونَ (١٣٧)
137. Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir’aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka.
[Al A’raf/7:137]
- Nabi Daud a.s
يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدُۢ بِمَا نَسُواْ يَوۡمَ ٱلۡحِسَابِ (٢٦)
26. Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.
[Sad/38:26]
- Nabi Isa a.s
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّۧنَ مَنۡ أَنصَارِيٓ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ فََٔامَنَت طَّآئِفَةٞ مِّنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٞۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَٰهِرِينَ (١٤)
14. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (din) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong din Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.
[As Saff/61:14]
Bagi komuniti Millah Abraham, kemusyrikan sistem kehidupan yang berlaku hari ini memerlukan satu penyelesaian konkrit yang terbukti dari aspek fakta dan sejarah.
Sudah tiba masanya kita berhenti daripada terus bereksperimen dengan sistem ciptaan manusia yang akhirnya hanya merosakkan lagi keadaan.
Berdasarkan perjalanan sejarah para rasul terdahulu dan janji-janji Allah di dalam kitab-kitab suci-Nya, kami meyakini tiada konsep kehidupan lain yang boleh memberi solusi kepada segala kemelut sosial dan krisis kemanusiaan yang sedang kita hadapi melainkan shiratal mustaqim, dinan qiyaman Millata Ibrahima hanifa (Al An’am/6:161).
Allah s.w.t tidak pernah zalim kepada orang-orang beriman. Nikmat yang pernah dikurniakan kepada komuniti mukmin sebelum ini, pasti akan dikurniakan kembali pada zaman ini sekiranya kita memenuhi syarat untuk kekal mengabdi kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya.
Bagi yang mengimani, anda akan termasuk dalam komuniti seperti yang pernah diikuti Abu Bakar As Shiddiq, Umar al-Khattab ‘Al-Farooq’, Uthman ibn Affan ‘Dzunnurain’ dan Ali ibn Abi Thalib ‘Abu Turab, karamallahu wajhah’.
Sistem khilafah akan memayungi seluruh aspek kehidupan supaya manusia dapat kembali hidup dalam keadaan yang damai, sejahtera dan penuh keadilan, insya-Allah!