#Artikel

Ancaman Perang Dunia Ketiga

Sedar atau tidak, kita sedang berada di waktu yang tepat bagi pergantian sistem tamadun manusia daripada model berpandukan nafsu kepada model wahyu.

Sistem ketamadunan hari ini, baik demokrasi, sosialis, komunis, dan sebagainya dibina berdasarkan kehendak peribadi manusia yang tidak dapat menjamin keharmonian, kedamaian, kesejahteraan, dan keadilan bagi manusia sejagat.

Akibatnya, berlaku kerosakan dalam sistem ekonomi, kecelaruan dalam aspek kehidupan sosial dan manipulasi kuasa politik yang hanya memenangkan golongan tertentu sahaja.

Setiap kali berlaku situasi sebegini, Allah akan mengutuskan pembawa risalah-Nya untuk mengingatkan dan membawa manusia kembali ke jalan yang benar.

Sejarah menunjukkan bahawa segala yang berlaku di dunia ini terikat dengan Sunnatullah yang tidak pernah berubah. 

Sebagai contoh, Kitab-kitab suci telah berkali-kali membuktikan bahawa manusia yang sanggup beriman dan memperjuangkan berdirinya kerajaan yang dipacu hukum Allah akan diselamatkan daripada azab.

Hari ini, azab Allah sudah mula dapat dilihat dan dirasa di seluruh dunia. Alam sudah bersuara untuk menghukum tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan.

Kami mengimani bahawa kuasa barat dan timur akan terus bertelagah hingga menimbulkan bencana kemanusiaan yang mahadahsyat dengan tercetusnya Perang Dunia Ketiga.

Sejak runtuhnya Khilafah Islam pada abad ke-13 oleh empayar Hulagu Khan, umat Islam kembali berada dalam keadaan tertindas. 

Tanpa khilafah, umat yang dulunya diberkati Allah, kini menjadi hamba kepada kekuasaan lain yang tidak berlandaskan ajaran-Nya.

Jika kita hitung usia umat Islam dari 1 Hijrah hingga kejatuhan khilafah pada tahun 1324 Masihi, ia berlangsung selama 700 tahun. 

Ini seiring dengan sejarah umat Nabi Musa, yang juga bertahan selama 700 tahun sejak penghijrahan mereka dari Mesir sehingga zaman raja terakhir Bani Israel.

Selepas kejatuhan khilafah pada 1324 Masihi, dunia dikuasai oleh dua kuasa besar: Blok Barat (kapitalis-liberalis) dan Blok Timur (sosialis-komunis). 

Namun, tanpa disedari, kedua-dua blok ini mungkin akan sampai kepada penghujung kuasa mereka pada tahun 2024 Masihi, hasil daripada kiraan 700 tahun dari kejatuhan umat Islam. 

Bagi kami, bermula tahun ini, dunia berada dalam keadaan ‘umpama telur di hujung tanduk’. Segala apa yang kita nikmati selama ini boleh hilang dalam sekelip mata sahaja.

Perseteruan antara kedua-dua blok inilah yang kami yakini akan membawa kepada Perang Dunia Ketiga.

Keadaan geopolitik dunia masa kini dikatakan sama seperti keadaan dunia ketika Rasulullah saw. berdakwah di Mekah. 

Amerika Syarikat dan sekutunya dari Blok Barat kini mengalami kemerosotan ekonomi, hingga tidak lagi mampu menampung tentera mereka yang bertugas di negara-negara sekutu. 

Keadaan ini menjadikan hubungan antarabangsa semakin renggang, sementara Blok Timur yang diwakili oleh Rusia dan China semakin maju dari segi ekonomi dan kekuatan politik.

Perang Dunia Ketiga yang dijangka ini akan melibatkan pelbagai negara, termasuk negara di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia, yang secara politik dan ekonomi berkait rapat dengan Blok Timur. 

Pertempuran utama dijangka berlaku di kawasan perbatasan Rusia, melibatkan negara-negara seperti Turki, Iran, dan Syria, berdepan dengan Blok Barat yang terdiri daripada negara-negara Eropah dan Amerika. 

Di rantau Asia pula, ketegangan di Laut China Selatan dijangka akan menjadi pusat konflik antara negara-negara Komunis seperti Korea Utara dan China melawan sekutu-sekutu Barat seperti Jepun, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.

Blok Barat akan tewas dalam pusingan pertama peperangan ini.

Namun, berdasarkan Sunnatullah dan menurut pandangan ahli politik kekalahan Blok Barat tidak akan bertahan lama. Selepas beberapa tahun, Blok Barat diramalkan akan kembali bangkit menewaskan Blok Timur. 

Ramalan ini menjadi satu berita gembira kepada mereka yakni komuniti Millah Abraham yang mengimani nubuatan (prophecy) dalam Al-Quran.

Kami mempercayai bahawa segala urusan dunia ini adalah di bawah kekuasaan Allah, tidak kira masa lalu, kini, atau masa hadapan dan sehebat mana pun manusia merancang, mereka tidak akan dapat lari daripada ketentuan yang telah ditetapkan kepada mereka.

 

Ancaman Perang Dunia Ketiga

Peranan Komuniti Millah Abraham

Ancaman Perang Dunia Ketiga

Model Kehidupan Shiratal Mustaqim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *